UMT Holdings

KUNJUNG HORMAT DARIPADA PEJABAT DAERAH MARANG (PDM)
UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) telah menerima Sesi Kunjung Hormat daripada Pejabat Daerah Marang (PDM). Kunjungan Pejabat Daerah Marang diketuai oleh Puan Nurul Amira binti Amberan selaku Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat). Turut hadir ialah En Solahuddin bin Hasan, Penghulu Kanan dan En Ibrahim bin Adan, Penghulu Mukim Pulau Kerengga. Team UMTJ diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), YBhg. Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
 
Antara aktiviti-aktiviti utama sesi ini ialah sesi perbincangan peluang perniagaan dan usahasama terutamanya di dalam bidang kepakaran. selain itu, menawarkan beberapa peluang baru yang boleh diterokai.
 
Pejabat Daerah Marang turut dibawa melihat Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTJ dengan menggunakan teknologi Rapid Biofloc UMT. Teknologi Rapid Biofloc hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Bin Kasan telah berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa. Teknologi ini membolehkan biofloc dibentuk seawal 10 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%.
Pejabat Daerah Marang turut dibawa melawat ke Institut Akuakultur Tropika dan Penyilidikan Perikanan (Institute of Tropical Aquaculture & Fisheries) [AKUATROP]. Fungsi utama AKUATROP ialah memperkukuhkan lagi industry akuakultur melalui kajian, pembangunan dan inovasi, melalui peningkatan produktiviti ikan, ketam, udang dan spesis-spesis akuakultur yang lain. AKUATROP telah diiktitraf sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence [COE]) pertama bagi akuakultur di Malaysia.
Shopping Basket