IMG_8252

Program Perusahaan Sosial Kementerian Kewangan (SE-MOF)-Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Program Perusahaan Sosial Kementerian Kewangan (SE-MOF)-Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
421155962_875749641225308_6409098960957434309_n

Program Karnival Komuniti Madani Sedili, Bertempat Di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar Kota Tinggi, Johor

Program Karnival Komuniti Madani Sedili, Bertempat Di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar Kota Tinggi, Johor
DSC_0139

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) Dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) Dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

15 Januari 2024 | UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bertujuan untuk membangun, memperkukuh dan memajukan industri perikanan Malaysia.

MoU yang menfokus kepada bidang penyelidikan dan pembangunan industri perikanan ini akan memperkenalkan teknologi dron, sensor Internet of Things (IoT) dan Applikasi (Super Apps) bagi memoden, mememaju dan memperkasakan industri perikanan Malaysia, khususnya dari segi Enviroment, Social & Governance (ESG) dan Kelestarian (Sustainability), Keselamatan & Kesihatan, Peningkatan Produktiviti, Penambahan Pendapatan dan Penjimatan Perbelanjaan atau Kos Operasi.

Turut hadir semasa majlis ialah Pengerusi LKIM, Y.B Tuan Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi UMTJ, Dato Dr Din bin Adam, Naib Canselor UMT, ProfΒ  Dato’ Dr Mazlan Abd Ghaffar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMTJ, YBhg Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Pengerusi Akuatrop Sdn Bhd (ASB), YBhg. Dato’ Munir Haji Mohd Nawi serta En Hamdan bin Mamat , Ketua Pengarah LKIM.

Selain itu, LKIM turut dibawa melihat Projek Ternakan Ikan Tilapia di dalam Kanvas UMTJ dengan menggunakan teknologi Rapid Biofloc UMT. Teknologi Rapid Biofloc hasil kajian dan inovasi oleh Prof. Madya Ts. Dr. Nor Azman Bin Kasan telah Berjaya memenangi pelbagai pingat dan anugerah di peringkat Tempatan dan Antarabangsa. Teknologi ini membolehkan biofloc dibentuk seawal 5 hari berbanding proses pembentukan sendiri secara konvensional yang mengambil masa selama 30 hari. Dengan teknologi ini juga, kos makanan dapat dikurangkan sehingga 30%.Β 

Turut hadir semasa lawatan ialah Pengerusi LKIM, Y.B Tuan Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi UMTJ, Dato Dr Din bin Adam ,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMTJ, YBhg Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Pengerusi Akuatrop Sdn Bhd (ASB), YBhg. Dato’ Munir Haji Mohd Nawi dan En Hamdan bin Mamat , Ketua Pengarah LKIM serta kakitangan LKIM.

Β 

Β 

415838080_861798299287109_6040237640478030354_n

Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi mengzahirkan apresiasi kepada beberapa orang atlet yang telah menyumbangkan pingat dalam Karnival Sukan MASUM 2023 dan Kejohanan Futsal IPT (Liga Premier) 2023. UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. berbesar hati untuk menganugerahkan Insentif berbentuk wang tunai kepada para atlet yang telah bertungkus-lumus mengharumkan nama UMT sebagai salah satu penghargaan dan sokongan atas penglibatan dan sumbangan pingat di kejohanan sukan berprestij itu. UMTJ ingin mengucapkan syabas & tahniah dan teruskan kecemerlangan sebegini di masa akan datang.
YTRFEDFVGH

Majlis Apresiasi Dan Simbolik Penyerahan Kit Perniagaan Bertempat Di Hotel DarulMakmur, Jerantut Pahang

Majlis Apresiasi Dan Simbolik Penyerahan Kit Perniagaan Bertempat Di Hotel DarulMakmur, Jerantut Pahang
Telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Simbolik Penyerahan Kit Perniagaan bagi Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bagi Daerah Jerantut bertempat di Hotel DarulMakmur, Jerantut Pahang, pada 18 Disember 2023, Isnin. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ir. Razali Bin Kassim, Exco Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Turut hadir Pihak Yayasan PETRONAS, ECERDC dan Rakan Strategik bagi meraikan peserta program ini.
406009101_838449788288627_1462567001768900935_n

Majlis Motivasi β€œI Am Champion” Dan β€œMove The Heart” Di Daerah Jerantut, Pahang

Majlis Motivasi β€œI Am Champion” Dan β€œMove The Heart” Di Daerah Jerantut, Pahang
Alhamdulillah, pada hari ini peserta program Yayasan PETRONAS empower ECER daerah Jerantut telah disatukan di bawah program Motivasi dan Klinik Usahawan yang berlangsung di Dewan Napuh, Hotel DarulMakmur Jerantut, Pahang. Motivasi β€œI Am Champion” dan β€œMove The Heart” yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Zamri bin Aminuddin telah memberikan impak yang positif kepada peserta Yayasan PETRONAS empower ECER Jerantut. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh usahawan pada masa kini turut dibincangkan pada akhir sesi motivasi tersebut. Peserta turut diberi taklimat oleh wakil agensi tentang pembiayaan dan geran-geran perniagaan yang disediakan untuk usahawan. Antara agensi yang turut hadir pada hari berkenaan adalah SSM, PERKESO, Jabatan Pertanian dan AIM, UMTJ merakamkan jutaan terima kasih ke atas sokongan daripada pihak agensi.
IMG_3836

Program Semarak Siswa Madani@UMT,

Program Semarak Siswa Madani@UMT,
UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) bersama-sama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Program Semarak Siswa Madani@UMT, bertempat di Kuala Kerteh, Kemaman, Terengganu. Pelbagai hasil ciptaan dan inovasi UMT dikongsikan bersama masyarakat setempat pada program ini. Antaranya ialah Teknologi Rapid Biofloc di dalam ternakan ikan Tilapia di dalam kanvas, Inovasi unjam untuk meningkatkan pendapatan dan kelestarian sumber perikanan dan penghasilan makanan ikan menggunakan β€œBlack Soldier Fly (BSF). Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi UMTJ, YBhg. Dato’ Dr Din Bin Adam, En Muhammad Danial Khaleq Bin Mohd Ali, Pegawai Khas, Pejabat Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), En. Hirman bin Awang@Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Ketua Pegawai Eksekutif UMTJ, YBhg. Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
400800724_829591602507779_2319640610246973544_n

Majlis Motivasi β€œI Am Champion” dan β€œMove The Heart” Di Daerah Mersing, Johor

Majlis Motivasi β€œI Am Champion” dan β€œMove The Heart” Di Daerah Mersing, Johor
Alhamdulillah , pada hari ini peserta empower ECER Yayasan PETRONAS daerah Mersing, Johor telah disatukan di bawah majlis Motivasi dan Klinik Usahawan Motivasi β€œI Am Champion” dan β€œMove The Heart” yang telah disampaikan oleh Encik Muliade bin umat telah memberikan impak yang positif kepada peserta Yayasan PETRONAS empower ECER Mersing , laungan β€œI Am Champion” telah mengegarkan Dewan Pak Malau pada hari tersebut. Pada sebelah petang, peserta diberi taklimat oleh wakil agensi tentang pembiayaan dan geran-geran perniagaan antaranya yang disediakan. Antara agensi yang hadir adalah TEKUN , PERKESO, YPKDT dan AIM , UMTJ merakamkan jutaan terima kasih ke atas sokongan dari pihak agensi.
IMG_2649

Karnival Inovasi Makanan Di Daerah Jerantut, Pahang

Karnival Inovasi Makanan Di Daerah Jerantut, Pahang
Telah berlangsung Program Karnival Inovasi Makanan bagi Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran & Keusahawanan bagi daerah Jerantut yang bertempat di Tapak Pekan Sehari Kampung Damak Jerantut, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung seperti Jualan (Sale Hunt Challenge), Pertandingan Innovasi Masakan Street Food, Pertandingan Hiasan Makanan serta majlis penyampaian hadiah di sebelah petang. Sementara itu, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. turut berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung. Turut hadir,Pengerusi JPKK Kg Damak, En Yahya bin Hasan Pengerusi JPKK Kg Koi, En Razali bin Isa, dan Pengerusi JPKK Kg Lada, En Hj Mazlan bin Abdul Malek bagi memeriahkan lagi program ini selain memberikan sokongan kepada para peserta di Jerantut. Semoga program ini memberikan impak yang positif dan berpanjangan kepada para peserta.
399277122_823283156471957_7361717144635161885_n

Majlis Sambutan Ulang Tahun ECERDC ke-15 Negeri Terengganu bertempat di Hotel Permai Kuala Terengganu

Majlis Sambutan Ulang Tahun ECERDC ke-15 Negeri Terengganu bertempat di Hotel Permai Kuala Terengganu
Telah berlangsung Majlis Sambutan Ulang Tahun ECERDC ke-15 Negeri Terengganu bertempat di Hotel Permai Kuala Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu,YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg Dato’ Baidzawi Che Mat pada 2 November 2023, Khamis. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu diiringi YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Bharu, Perdagangan, Perindustrian Dan Teknologi Hijau, YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC, dan YBhg. Dato' Ragu Sampasivam Ketua Pegawai Operasi ECERDC menyampaikan anugerah kepada para pelabur, peserta Program Pembangunan Modal Insan Yayasan PETRONAS empower ECER dan entrepreneur ECER dan rakan strategik serta rakan pelaksana sempena Majlis Ulang Tahun ke-15 ECERDC di Kuala Terengganu.